Wednesday, September 14, 2011

AZUWAN

Dekat 15 minit aku duk dlm toilet...nangis... Hati aku betul2 tersentuh. Kesian dengan seorang budak tingkatan 1 yang aku ajar. Nama dia Mohamad Azuwan b Ismail. Dia budak kelas 1 Yakin dan kelas 1 Yakin ni kelas last sekali dalam tingkatan 1 dan majoriti pelajarnya nakal, suka buat bising, xnak dgr cakap dan malas. Tapi Azuwan ni pendiam dan rajin buat keje skolah. Budak lain kalo aku bg latihan, diorang sibuk meniru kawan lain tp Azuwan lain. Dia jawab sendiri walaupun jawapan salah. Tulisan dia kemas dan cantik. Memang dah lama jugak aku perhatikan Azuwan ni sbb budak lain sgt hyperaktif tp Azuwan diam dan pasif. Budaknya kurus, baju sekolah lusuh, seluar skolah dah senteng (atas buku lali) ngan kasut skolah yg lusuh juga.

Minggu lepas, aku mengamuk ngan budak2 1 Yakin ni. Nakal, bising dan kurang ajar sgt. Budak laki ngan pompuan sama je. Marah dan sabar aku dah tahap maksimum sgt. Aku marah sampai terkeluar perkataan yg x sepatutnya. Aku sendiri x caya aku boleh cakap camtu.. sampai menggigil aku marahkan diorang. Sebelum ni bole lg kontrol kelas ni..tp sbb aku batuk2 dan xde suara..tu yg xleh kontrol bdk2 tu..

Sambung blk pasal Azuwan.. yg buat aku sedih tu... masa abis kelas td, bdk pegi rehat. Aku saja tengok Azuwan ni. Makan ke tak dia.. Dia jalan sorang2 ke kantin.. baru aku perasan, dia ni mcm budak OKU sikit.. sambil jalan tgn dia x duk diam..dan bahu terangkat2.. tp dia happy je.. sampai kat kantin, dia keluarkan duit RM1 dan beli Apollo layer cake. Dia duduk kat meja kantin tu, sorang2.. dan makan kek layer tu. Tu je yg dia makan masa rehat. Kawan2 lain makan nasi lemak, mi goreng..Bila kawan2 dia lalu, dia angkat tangan dan senyum. Muka macam xde masalah.. happy je dia makan kek layer tu. Aku time tu mata dah berair. Yang buat aku lagi sebak tu, duit seringgit yg dia beli kek layer tu duit baru, mesti duit raya yg dia dapat. Aku tak tau sebelum ni dia makan ke tak masa rehat. Dan aku bertambah2 sebak bila teringat pagi tu aku makan nasi ngan tom yam dan ayam goreng..sedap.. tapi Azuwan makan kek layer tu je masa rehat utk isi perut dia.

Aku pegi ofis, check biodata dia dalam buku register. Ada ayah lagi, tp kerja sebagai pekerja am. Tarikh lahir dia pulak sama ngan anak sulung aku yg baru 3 tahun. Bila aku check bahagian bayaran yuran persekolahan..kosong. dia tak bayar lagi..bayaran persekolahan RM51.50 je. Mata aku dah tak tahan, terus pegi toilet dan menangis.. Insaf rasanye.. Kesian sangat kat Azuwan. Dan aku bertambah sedih bila teringat masa aku marah2 kat kelas dia. Camne agaknye perasaan dia bila cikgu dia ni mengamuk, marah2.. dan sepanjang hari ni kat skolah..mood aku down.. =(

No comments:

Post a Comment