Tuesday, September 21, 2010

haaiiiih......

brsepahnye dapur.. x larat nk kemas.. =(
baju byk lak x berlipat.. adoiiiiii

Monday, September 20, 2010

Aidilfitri 2010


apsal mama & abah condong ke kanan?! hehe

Tuesday, July 27, 2010

=(

adoi....

Monday, July 26, 2010

Sunday, June 20, 2010

back to ScHo0l!!


esok dh start skolah..kertas exam x abis tanda lg ni..

Monday, May 17, 2010

CIKGU=TV?

Guru bagaikan ntv7 kerana CERIA SELALU.. Guru juga kadangkala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU.. yang pasti Guru juga bagaikan TV9 DEKAT DIHATI... dan yang paling penting Guru bagaikan Astro kerana MACAM-MACAM ADA....SELAMAT HARI GURU 2010...

Thursday, April 29, 2010

Soalan Uji Minda. Mari Cuba!

Di bawah ada (4) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda…..

Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:

Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat…? (lihat bawah)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?

Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah…

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang

campur lagi 1000. Campur lagi 30 ….

Campur lagi 1000 . Campur lagi 20…

Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 …

Berapa kah jumlah semua?

Lihat bawah untuk …jawapan.. ..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul … Cuba .

Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary.. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini- market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ….?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati. Mudah sahaja. Dia buta je.. bukan bisu daa…


Friday, April 16, 2010

nak cubit ke gelak aje...


abish lipstik mama tau..

Thursday, April 15, 2010

101 IDEA ROMANTIK-Tips Menjadi Pasangan Bahagia - IDEA #7


Kirimkan jambangan bunga terus ke pejabat pasangan anda. Pasti ia akan mengembirakannya di samping komen dan perhatian yang diberikan oleh rakan sekerja.

Wednesday, April 14, 2010

101 IDEA ROMANTIK-Tips Menjadi Pasangan Bahagia - IDEA #6

Ambil hati ibu bapa dan ahli keluarganya. Setiap kali anda berdua pulang ke rumah ibu bapa mentua, jangan lupa belikan hadiah ataupun makanan kegemaran mereka.

Pasangan anda tentu gembira dengan cara layanan anda terhadap kedua orang tuanya. Tidak mustahil si dia juga akan membuat perkara yang sama terhadap ibu bapa anda nanti.

Topup RM10 Tahan Sampai 1 Bulan

Org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..

Mungkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account,
coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.
kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..

Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..

Timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

1) beli topup RM 10... gesek & ready.
2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;
<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorg akn reply;
"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"

hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..

kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb..

jgn marah aaaa...lawak pagi..huhehe..

Tuesday, April 13, 2010

BiLa IstEri Dah tAk CanTiK..

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah. saya dapat story ni dp mesra.net.


Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.



Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya
saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman
wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang
baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk
berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya. ...InsyaAllah. ...... bagi wanita yang suka menggangu atau menjalinkan hubungan dengan suami orang berubahla.usahala cari yang bujang dulu..ingatla satu hari nanti anda mungkin akan merasakan perkara yang sama sekiranya anda menganiaya wanita lain.janganlah jadikan cinta sebagai alasan kerana ia boleh dipupuk dan dinyah pergi...lelaki zaman sekarang ni susah untuk berlaku adil..jadi usah terjebak...tepuk dada tanyalah selera.......

101 IDEA ROMANTIK-Tips Menjadi Pasangan Bahagia - IDEA #5


Hadiahkan sesuatu yang digemari pasangan pada hari lahirnya ataupun di ulangtahun perkahwinan anda. Misalnya menghadiahkan haiwan peliharaan seperti kucing, arnab ataupun kura-kura kecil yang comel sebagai kejutan istimewa.
Pasti si dia akan menghargai hadiah anda dan akan menjaga ia dengan sebaikbaiknya

Monday, April 12, 2010

JU-ONS

masa ni mama br je lps mandikan adik, gi sidai towel jap..x sampai seminit pun.. bila gi kat adik blk.. mcm tepung gomak daaaa.... dua2 dh mcm juon... kakak punye keje le... abis bedak adik dikerjakan...

101 IDEA ROMANTIK-Tips Menjadi Pasangan Bahagia - IDEA #4


Jadikan amalan solat bersama suatu kemestian. Wujudkan suasana syahdu selepas solat dengan mendoakan hubungan anda dengan pasangan agar terus diberkati dan harmoni.

Sunday, April 11, 2010

101 IDEA ROMANTIK-Tips Menjadi Pasangan Bahagia - IDEA #3


Jadi pasangan yang ringan tulang. Luangkan masa membantu si dia memasak di rumah ketika hujung minggu. Anda boleh membantunya menghiris bawang, memotong sayur, atau apa-apa saja tugasan dapur bergantung pada menu yang anda rancang bersama.
Pasti pasangan anda berasa bertuah memiliki suami serajin anda!

Saturday, April 10, 2010

101 IDEA ROMANTIK-Tips Menjadi Pasangan Bahagia - IDEA # 2


Beli bintang-bintang yang bersinar ketika dalam gelap, kemudian lekatkan pada siling tempat tidur anda dengan mesej “I Love U”. Apabila lampu dipadamkan, mesej anda akan muncul!

Wednesday, April 7, 2010

101 IDEA ROMANTIK-Tips Menjadi Pasangan Bahagia - IDEA # 1


Sekiranya pasangan anda mempunyai tugasan di luar daerah, nyatakan padanya bahawa anda sangat risaukan keselamatannya. Oleh itu anda telah menyediakan pengawal peribadi khas… iaitu seekor teddy bear untuk menjaganya sepanjang ketiadaan anda.

Monday, March 8, 2010

HIDUP TANPA WANITA

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita .Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namum Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa .
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki , tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka . Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh mereka .
Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA , HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan . Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan , jutawan dan " wan-wan" lain .
Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan . Tanpa ilmu, iman dan akhlak , mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan.Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri , apalagi mengenal lelaki . Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary , bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri .
Bila wanita derhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH,
KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.
.......................................................................................................................................................................

SELAMAT HARI WANITA..

ANAK2....

Anak2 mama


Anak2 murid mama....hmmmm..