Wednesday, November 11, 2009

SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI

SUATU PERJALANAN

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang…

“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yangdemikian? Adakah sebab kami ini kufur?”
Rasulullah SAW menjawab,
“Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamuyang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana.Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.
”Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
sumber: surauassobirin.wordpress.com

Thursday, October 29, 2009

Thursday, October 22, 2009

SPM 2009

kena jaga peksa spm!!
x nak..org nk bersalin dah...

baby boy..

sebln setengah je lg adik baby nk lahir..
due date 16 dis 2009...harap2 on time mcm kakak baby...
insyaAllah...


Wednesday, October 21, 2009

Thursday, September 17, 2009

checklist hr raye...


Kisah masjid sujud..

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid" kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid.

Jangan melawan.Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar" kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. Bodoh," sambung Abah memaki lagi.

heheheh...

Thursday, August 13, 2009

nanak!!



"nanak!" tu lah yg iman jwp bila disuapkn nasi..
nape la anak ma ni xnak mkn nasi..
risau mama tau...
tp kalo bg roti.. laju je mkn.
bersungguh2 dia mkn...
xpe la..janji iman mkn + cukup khasiat + kenyang.

Tuesday, August 11, 2009

home sweet home..

mmmm... lambatnye rumah nk siap..
puasa dah dekat..
x sbr nk decorate rumah tu... =)
raya ngan rumah baru... yeeaaaa...

Monday, August 10, 2009

anak ma...



iman dah 1 tahun 3 bln..
cepat je dah besar anak ma tu...
nak dpt adik plak...
insyaAllah bln disember ni..
so iman kakak baby la skrg...
mama caaaaaayang iman......

Tuesday, April 14, 2009

hari ni...

emmm... hr ni lps skolah ade prkembangan staf plak..
malas nye nak gi.. abis kul 4.30 plak tuh...
cian iman kena tggu lama...
nk msk ape ptg ni ek.......
ke beli?.. ^_~

Monday, April 13, 2009

kasut...kasut


kasut abah..kasut mama..kasut iman.. ^_^
kasut abah=RM10, kasut mama=RM9, kasut iman=RM7..
kasut abah+kasut mama+kasut iman=RM26
murah kan????
beli kat kilang bata kapar... ori dan murah...
yg atas tu kasut abah..bawah kasut mama.. yang kecik n pinky tu kasut iman lerrrr....

bateri kong!!

huhu...tensennye pagi td nk gi skolah..
bateri kete kong plak..
punch card merah lagik... =p
nasib baik abah busyuk ade..
guna talian hayat pakai bateri kete dia..
cian abah.. dah le 2 hr demam...
pening muntah2 ngalahkan org ngandung.. ^_~
anyway...thanks a lot abah... caaaaaayang abah...

Monday, March 30, 2009

=(

hr ni rasa xde mood sesgt.... sedeynyerrrrr.............. =(
abah... sori byk2..

Thursday, March 26, 2009

anak mama.. ^_~

serupa tp x sama.... ^_~

Wednesday, March 25, 2009

my famili's day out..


gi main boling... mama asyik kena gelak ngan abah je...

hari ni...

hari ni ada latihan rumah sukan..
pkl 3.30 sampai 5.00 ptg.
pastu amik iman kat taska... sampai umah dlm kul 6.30..
mesti penat giler... nak masak malas..
beli je la... nak beli ape??
nasi ayam.... yumm...yummm

Friday, March 20, 2009

present??



besday present from abah busyuk.. ^_~

thnks a lot abah..

28th besday..

hepi besday to me... ^_~

Monday, March 16, 2009

anak mama


hepi holiday...^_~

cuti skolah dah start....
nak watpe cuti seminggu ni ek?..
tp khamis ni peksa ptk lak..
dah 3 kali amik..hrp2 kali ni bole dpt 4 ..
soalan bknnye susah sgt pun..

Thursday, February 26, 2009

DuniA bARU


mmm... x sangka dah dekat 3 bulan ngajar kat smk khir johari.
perasaan = seronok + kurang tension
x ngajar grafik, tp ajar bahasa melayu.
sronok plak ajar bm ni...
memang satu pengalaman baru sbb sblum ni 4 thn ajar grafik..
ngadap komputer memanjang.
sekolah ok, cikgu2 nye ok, student pun ok.
kat atas tu logo skolah smk khir johari.
aku buat sendiri. ^_~


Monday, February 23, 2009

RenuNgan Para SuaMi & iStEri

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah...”

Friday, February 6, 2009

Sekadar renungan...

"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."